Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi
pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh karena itu berikanlah walau secuil
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya
tidak pernah menyembah Tuhannya.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca karena membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa karena tertawa itu musiknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir karena berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan
waktu untuk beramal karena beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk
bersenda karena bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadah karena beribadah itu adalah sumber dari segala ketenangan jiwa.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan
orang lain lebih baik dari pada jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan. Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam
hidup.
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik dari pada
kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang
berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar
buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang
yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sajalah kita
akan dapat mengobati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas
ibarat pisau bedah yang boleh membuang segala luka emosi.
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan
yang dipancarkan akan selalu bersinar untuk selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh
sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasakan saat ini.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sembarang makna
jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah
menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan
terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak
merancang adalah merancang untuk gagal.
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Keberanian yang sebenarnya ibarat layang-layang. Sentakan
angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat
yg telah dicari.
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan
kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu
kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia
akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia
membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang
dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahwa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada
mencoba untuk menukar dirinya sendiri.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas
dan bersikap adil ketika kuat.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, niscaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati
mereka ada kelebihan.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih atas darinya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
darinya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi
jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu
sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman
engkau.
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan
amal.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar
diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung,
perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung
antara ibu dan ayah.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya karena
kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah
lakunya.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak
dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak
merdeka. Ketakutan adalah penasehat yang sangat curang untuk kemerdekaan.
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai
sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka
belajar, dia tidak malu belajar dari pada orang yang berkedudukan lebih rendah
darinya.
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi
tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat
mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.
Di sebalik keindahan rumah berseragam, disebalik senyum dan
takwa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak
diketahui orang lain.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan
cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan
cari alasan.
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah prikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat
sukar. Padahal mudah, karena ia dimulai dari pada dirinya sendiri.
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan coba untuk menyelesaikannya.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling
manis ialah SENYUM. Dan
ibadah yang paling indah
tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini karena setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak diiringi dengan keberanian.
Kecemerlangan sebenarnya adalah apabila anda dihantam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-binar, tetapi tidak melihat apa-apa.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kebenaran itu apabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan..
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari pada memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh karena itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang
harum, melainkan penuh duri dan pahit
Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir
dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi
Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia
(waktu) akan memotongmu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak
ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka
teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada lagi peluang kedua.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya
semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini
membawa erti yang nyata.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang
pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita
akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara
ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari
itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut
itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu
pasti akan mempunyai lekuk.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias
dan kepandaian.
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab
dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk
dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan
hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna
agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan
akhirat.
Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan
yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda
kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa
bahagia.
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan
semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah
balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi
ia terlalu manis untuk dikenang.
Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu
boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu
berada dalam jalan menuju kekalahan.
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu,
ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia
adalah sifat dirimu.
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang
pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Tidak ada komentar:
Write komentar